Saturday, July 23, 2011

Seperti Dulu


"Mana lah si Eli ni pergi? Kalau dah shopping handphone bunyi pun dah tak dengar.." aku bebel sendiri sambil melangkah menuju Starbucks. Setelah membeli chocolate chip mocha kegemaran aku, aku mengambil tempat  duduk berdekatan pintu masuk kafe tersebut supaya senang untukku melihat orang yang lalu lalang disitu. Mataku meliar mencari Eliyana. Sesekali aku cek handphone menanti call darinya. 

Jam di handphone sudah menunjukkan 3:56pm. 'Manalah budak bertuah ni.. Tadi kata dah sampai, batang hidung pun tak nampak. Harapkan hidung je mancung si Eliyana tu..' Aku merungut sendiri.

Aku menghirup chocolate chip mocha perlahan sambil mendengar lagu yang dimainkan. 'Lagu kita-Aizat' lagu itu menenangkan sedikit hatiku yang tengah geram. Lagu romantik. Aku melihat sepasang kekasih jauh disudut dalam kafe itu sedang ketawa bersama. 'bestkan kalau ada teman dekat sini..' Aku tersenyum sendiri.

Aku melemparkan pandangan keluar kafe. Beza sungguh keadaan dalam dan luar kafe itu. Di luar sana semua orang sibuk menuju ke arah destinasi mereka. Laju langkah mereka tak mengendahkan langsung keadaan sekeliling. Bosannya hidup kalau asyik tergesa-gesa kesana sini. Tak sempat walau sesaat untuk menikmati keindahan ciptaan ilahi. Tapi apakan daya, nak hidup di zaman yang serba moden ini kalau kita tak mengejar waktu kita akan ketinggalan jauh.

"Eh apa ni!" dengan pantas aku mencapai tisu untuk mengelap beg aku yang sudah dibasahi secawan kopi dari jenis yang aku tak pasti.

"Maaf cik, saya tak sengaja.. Maafkan saya.." aku mendongak melihat seorang lelaki dengan wajah berkerut kerisauan seperti kesalahan yang dilakukan itu boleh memberinya hukuman penjara sepuluh tahun.

'dah buat salah buat muka comel pula..'Aku menahan ketawa.

"erm tak apa lah.." aku mengangkat beg aku dan air chocolate chip mocha aku lalu keluar kafe. Bukan niatku untuk membiarkan dia rasa bersalah tapi sebenarnya aku tak tahan nak ketawa tengok muka dia. Aku menoleh kebelakang. Lelaki itu masih berdiri di tempat sama, melihat aku dengan wajah bersalah.

Gedebuk!

"Aduh!" Aku meraba-raba dahi. Sakit.

Nak ketawakan orang sangatkan, sekarang aku yang terlanggar orang. Malunya. Aku mendongak kepala. Lelaki itu memandang aku. Kata-kata yang mampu aku ungkapkan cuma "errr.."

"Awak okay?" dia tanya.

tiba-tiba dunia terasa kosong. Tiada bunyi.
Aku menatap wajah itu lama. Seperti kenal. Aku terdiam seribu bahasa.

Tiba-tiba lagu seperti dulu-exists bermain-main dikotak fikiran ku.

"Kudambakan cinta indah seperti dulu kerna cintaku tak pernah rasa jemu,
Biar hati bimbang aku terus menunggu.. Benar ku tahu kau tak pernah jauh.. Kau di hatiku"

"Awak.. Awak.." aku kenal suara itu. Aku masih terpaku memandang dia. "Awak.. Handphone awak bunyi.."

oh, baru aku teringat yang lagu exists itu ringtone handphone aku. Cepat-cepat aku mengeluarkan handphone dari beg aku.

"Fika.. Sorry lah aku tak angkat call kau tadi. Memang tadi aku da sampai tapi aku terpaksa balik. Adik aku demam tak ada orang jaga. Sorry ya Fika lain kali kita keluar.."

"ouh ok.."

Aku meletakkan handphone aku ke dalam beg kembali. Lelaki itu masih berdiri disitu. 'Kenapa tak pergi lagi.. Buat apa diri sini..' aku jadi resah. Tapi sesuatu dalam diri ini cuma ingin menatap matanya sedetik lebih lama.

"Awak masih ingat lagu tu?" soal lelaki itu. Aku mengukirkan senyuman tawar.

Memang itu dia. Betul itu dia. Itu bukan ilusi. Itu Khairil.

"Maaf.. Maafkan saya.. Saya kena pergi.." Aku pusing untuk melangkah pergi. Yang sebenarnya aku tak ingin dia lihat airmataku yang mulai mengalir.

"Syafikah.. Tunggulah.." dia mengekori langkahku.

"Dah terlalu lama awak biarkan saya tunggu awak.." aku mempercepatkan langkah tanpa menoleh.

"Tapi awak tak pernah berhenti menunggukan?" soalannya terpanah menusuk hatiku. Memang aku tak pernah berhenti menunggumu, Khairil.

"Betulkan?" Langkahku terhenti. Khairil sudah berada di depanku memandang wajahku, mencari kepastian.

"Jawapan saya tak akan merubah apa-apa yang sudah berlaku" Aku menyembunyikan perasaan. Aku tak mahu dia tahu.

"Tapi segala yang sudah berlaku tak merubah sedikit pun rasa hati saya dan awak kan..?" 

Memang hati aku tak berubah tapi biar saja rasa itu tersimpan dan terikat rapi didalam kotak hati. Khairil kenapa kita berjumpa lagi? Apakah perjumpaan ini adalah takdir untuk kita kembali seperti dulu? Kerana aku masih menunggu.. Aku masih menanti dirimu kerana ku tahu kau tak pernah jauh.. Kau sentiasa dihatiku..



Selalu ku mengharapkan
Kau akan segera pulang
Kau balik seperti dulu
Menghapuskan rindu
Yang sering menghantuiku

Semenjak kau datang
Di hatiku sayang
Semua resahku hilang
Diriku bukanlah
Seorang yang mudah
Menyerahkan cinta semudah kata

Kudambakan cinta
Indah seperti dulu
Kerna cintaku tak pernah rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Benar ku tahu kau tak pernah jauh
Kau di hatiku

Di hari yang datang
Janganlah kau ulang
Lukai hatiku sayang
Aku pun bukanlah
Seorang yang bisa
Menggantikan cinta sekelip mata

Aku inginkan cinta
Kita seperti dulu
Kerna cintaku tak mudah rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Dan aku tahu kau tak pernah jauh
Kau di hatiku

Seperti Dulu-Exists

No comments:

Post a Comment