Sunday, November 20, 2011

Maaf Ku Harus Pergi

"Maafkanku sayang.. Aku harus pergi.."


Aku cuma bisa terdiam membisu. Inginku menghalang tapi ku tak mampu. Mungkin juga aku tak mahu kerana aku tahu dia harus pergi. Tanpa ku sedari airmata terus mengalir membasahi pipi. Aku tak mahu dia lihat tangisanku itu. Aku tak mahu susahkan hatinya. Tapi ombak kepiluan telah memecahkan tembok kekuatanku.


Sejurus melihat airmataku, wajahnya menjadi redup. Aku tahu dia juga tak mahu. Aku tahu hatinya juga sukar untuk meninggalkanku. Aku menarik nafas perlahan lalu mengukirkan senyuman tawar kepadanya.


"Awak.. kalau hari ini terakhir saya dapat jumpa awak, biarlah ia jadi satu memori indah. Kita jangan sedih ye.." Dia terus memelukku erat. Aku tahu dia tak mahu aku lihat dia menangis. Terasa tenang bila dalam kehangatan dakapannya. Aku ingin waktu terus berhenti selamanya.


Namun waktu tetap berlalu jua. Hari itu aku melihat senyumannya, senyuman yang satu tika membuatku jatuh cinta, senyuman itu mungkin aku lihat untuk terakhir kalinya. Kadang kita terdiam sementara, bila teringat yang esok tidak lagi menyebelahi kita berdua. Namun aku cuba yang terbaik untuk berpura-pura, begitu juga dia.


"Sayang, betul ke keputusan yang saya buat ni?" suaranya yang tadi ceria menjadi sedih. Aku tertunduk tiada jawapan. Sebenarnya, aku takut tanpa dia dan aku tak mahu biarkan dia pergi. Aku menggetap bibir. Dia menggenggam jemariku seolah memberikan kekuatan untuk bersuara. Aku menarik nafas perlahan lalu memandang wajahnya. Dia merenung mataku mencari jawapan.


"Ini yang terbaik buat awak dan saya.. jadi pergilah sayang.. kalau ikut hati saya tak mahu.. tapi awak kena pergi ye.. ye sayang.."


"Saya sayang awak.." 

"Kasihku sampai disini kisah kita jangan tangisi keadaannya.. bukan kerna kita berbeda.."

Saturday, November 12, 2011

Ruang Rindu

Aku tersenyum bila terbaca msg darinya. "miss you.." 
Aku tahu seorang insan itu sedang merindukanku sepertimana aku merindukannya.
Jarak diantara kita walau jauh dimata tak menghalang rasa yang terbit di hati. 
itukah Cinta? itukah Cinta?
Kerap kali aku tanyakan pada diriku sendiri.

Aku biarkan masa menjawab segalanya.
Tapi setelah menanti, makin lama aku menjadi makin pasti.
Kadang kita tidak tahu bila ia hadir.
Tapi Cinta yang hadir tak dapat lagi dihalangi.

Mereka kata cinta jarak jauh begitu sukar tapi bagiku ianya begitu indah. Apa saja dengannya adalah sesuatu yang indah. Tak kira jarak ataupun masa.

Sabarlah hati.. Sabarlah sayang.. Masa kan membawa aku kepadamu jua.. 



Walau berjauhan
Suaramu mengakhiri penantian
Tabah mengharungi cinta
Semua dugaan Maha Esa


Di ruang rindu kita bertemu..