Saturday, September 3, 2011

Untukmu Selamanya


Angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Aku duduk melihat persekitaran yang dipenuhi pohon rendang. Cantiknya bunga-bunga namun ianya seakan tiada warna. Mataku tertumpu pada dia. Aku menggenggam sejambak ros putih di tanganku. Aku dah berjanji dengan diri sendiri aku tak akan menangis.

"Kenapa Han buat Lia macam ni? Awak janji tak menyakiti Lia tapi sampai sekarang hati Lia masih sakit.. Han tau kan Lia sayangkan Han.." Aku menggetap bibir menahan sakit hati. Kekecewaan yang telah lama aku pendam terluah juga akhirnya.

Farhan. Dia memang begitu sejak dulu lagi. Setiap kali Aku marah, dia cuma diamkan diri hingga reda sendiri kemarahanku. Dia tahu aku tak suka dipujuk ketika marah. Dia kenal aku. Dia faham aku. Tapi.. Haizz..

Aku mengeluh sendiri.

 Fikiranku melayang jauh ke awan kenangan lima tahun dulu..

"Kenapa awak lambat? Janji pukul lima, sekarang dah pukul enam tau tak.." Aku mencebik bibir.
Farhan cuma tersenyum tanpa memberi sebarang alasan.

"Han ni.. Orang marah dia, dia senyum-senyum pulak.." Aku cuba menyembunyikan perasaanku. Hati aku tenang bila melihat senyuman Farhan. Marahku takkan berpanjangan.

"Sebenarnya.. Han pergi belikan Lia bunga. Tapi Han tak tau nak beli yang mana, Han tak tau Lia suka bunga apa.." Farhan menerangkan sambil menghulur sekuntum bunga ros putih.

Aku tersenyum.
"Kalau Han nak tau.. mulai hari ni, ros putihlah bunga kegemaran Lia.."

***********

"Lia.. Lia.."

Tersentak aku kembali pada realiti. Aku mendongak kepalaku lalu mengukir senyuman tawar.
 Kemudian aku tundukkan semula kepalaku. Aku tak tahan lagi. Airmataku berlinangan akhirnya.

"Farhan pergi tinggalkan Lia.. Farhan tak ucap selamat tinggal.. Kenapa Farhan buat Lia macam ni? Lia rindukan Farhan.. Gelak tawa Farhan.. Senyuman Farhan.. Maafkan Lia luahkan ni semua tapi Lia cuma nak awak tau isi hati Lia.. Lia nak awak tahu, susah untuk Lia lupakan Farhan.. susah untuk Lia mengganti tempat Farhan dihati Lia.." semakin laju airmata membasahi pipiku.

"Amelia.. Sudahlah Lia.. jangan menangis lagi.. Saya tak suka tengok Lia bersedih nanti saya pun sedih.. ini semua suratan takdir, kita cuma mampu pasrah.." lembut saja jemarinya mengusap airmataku.

Aku membisu.

Benarkah ini suratan takdir? Dia lagi Maha Mengetahui. Dia yang tentukan segalanya. Mungkin ini memang yang terbaik buatku.

"Lia.. kalau Lia betul sayangkan Farhan, apa yang Lia boleh buat sekarang ialah doakan Farhan ye," Aku menggangguk perlahan.

"Terima kasih Ayim sebab banyak bersabar dengan Lia." Rahim menggenggam jemariku memberi semangat. Memang dia penyabar orangnya. Sentiasa menyayangiku sepenuh hatinya walaupun dia tahu tentang Farhan, lelaki yang bertakhta di hatiku. Aku bersyukur menjadi isterinya. 

Ros putih yang aku genggam dari tadi, aku letak perlahan bersebelahan batu yang terukir nama Farhan. Aku menghirup udara nyaman di tanah perkuburan itu. Aku pasrah akan pemergianmu sayang..

"Cinta.. Ia datang tak diundang.. Ia pergi tak terhalang.." 

No comments:

Post a Comment