Thursday, July 7, 2011

Kesetiaan


Disaat-saat terakhir ini, aku dapat rasakan degupan jantungku semakin perlahan.....
aku mencuba menahan sakit didadaku yang teramat sangat..
segala yang berlaku dalam hidupku seakan berputar-putar kembali di ruang ingatan ku..
aku melihat sekeliling bilikku yang kosong... sunyi...

'Selama aku hidup ini,bahagiakah aku?' aku bertanya sendiri.

Aku keseorangan.

'Kenapa tiada yang menemaniku, menenangkanku di saat terakhir ini?'

Aduh.. sakit! airmata mula mengalir...

Awan-awan kenangan masa dulu mula bergerak pantas di ruang mata.. jelas sungguh...
wajah yang tak pernah lekang dari kotak hati ini.. aku tersenyum.. wajah itu.. wajah seorang lelaki yang pernah aku kenal, yang pernah aku sayang, yang pernah aku cinta...

Aku mulai kenal erti cinta kerana dia.. dan sejak hari itu, aku semakin jatuh kedalam cintanya..
begitu dalam hingga tk mampu ku untuk memanjat keluar.. mungkin aku lebih rela didalam cinta itu..
hanya satu perkataan yg terbit dihati.. 'kesetiaan'.

Namun takdir tak menentukan dia untukku.

Sesekali, aku tersenyum sendiri. Aku teringat kisah cinta yang pernah terjadi itu. Pertemuan yang pelik, permulaan yang pelik. Boleh dikatakan sebuah cinta yang hadir tanpa diduga. Satu persatu memori ku imbas kembali. sejak pertama kali kita kenal hingga ke hari hilangnya dia meninggalkanku sejuta tanda tanya.

Aku memegang dadaku. Masih lagi ku rasakan seperti dulu rupanya. Setiap kali ku teringat dia, degupan jantungku menjadi laju. Aku mengeluh. 'Bodohkah aku?'

tapi sejurus kemudian aku menggeleng-gelengkan kepala. Aku tahu itulah Cinta.

"Sudahlah tu, kan ada byk lagi org lain kat dunia ini." kata-kata itu terngiang di telingaku.

Aku mendalami isi hatiku sendiri.'Kenapa tidak saja ku terima orang lain didalam hidup ini?'
Aku tak perlu fikir lama. Memang aku sudah tahu jawapannya. Aku tidak mampu untuk mencintai sesiapa selain dia. Dan kerana itu aku tak perlu untuk mencari penggantinya. Lagipun apakah harus aku khianati perasaan sendiri atau haruskah aku hidup dalam sebuah penipuan atau haruskah aku menyakiti hati insan lain sedangkan aku tahu seluruh rasa cinta ini telah ku berikan pada dia. Telah lama aku rela untuk hidup sendiri.

Airmataku deras mengalir. Aku tak tahu apakah kerana hati ini tetiba rindu pada dia, cinta pertamaku, atau kerana menahan kesakitan di dadaku.

Aku bingkas dari katil lalu melangkah ke bilik air. Lemah. Aku mengambil wuduk.

 Usai solat, aku duduk tersandar di bingkai katil.
 Hatiku berdoa......

"Ya Allah.. Aku memohon pengampunan darimu. Aku lemah menurut kata hatiku. Jika rasa cinta ini datang darimu, aku bersyukur. Jika ianya cuma nafsu, maafkan aku.. Ya Allah, aku bahagia kerana dalam hidupku kau pernah temukanku dengan dia walaupun akhirnya kita tak dapat bersama. Kau berikanlah kebahagiaan kepada dia dan keluarganya.. kerana bahagia dia adalah bahagia ku juga..."

Aku melihat sejadah tempat ku berdoa kepadaNya sejak bertahun dulu. Kainnya sudah rapuh meniti waktu tua sama sepertiku. Aku tersenyum lalu menutup mataku.. Tuhan terimalah doa ku yang terakhir ini...


Original post on 31 august 2010
~Myworldrevolveshere~


p.s:cerita cuma rekaan semata2..dan disebalik rekaan itu ada ceritanya..

"izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja..
ntuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya..
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja"
cinta dalam hati~ungu

No comments:

Post a Comment