Friday, August 19, 2011

Benarkah Cinta?

Aku baring dalam kegelapan bilikku yang cuma diterangi cahaya samar-samar dari ruang tamu.
Aku cuba memejam mata namun tak mampu untuk terlelap.
Terlalu banyak kenangan lama yang bermain di fikiran ku.
Aku jadi resah.
Ingin aku tepis semua tapi aku tak mampu.
Jelas sungguh memori itu.

Malam itu Gelap.
Gelapnya sama seperti malam ini. yang ada cuma cahaya bulan yang menerangi.
Tapi malam itu aku bukan keseorangan. Aku bersama 'dia'.
berdua-duaan di dalam kereta.

Dosa? Aku tahu apa itu dosa..
Aku tahu tetapi aku terbuai oleh nafsu.
Aku terhanyut mengikut perasaan remaja ku.
Aku dilamun 'Cinta'.

'Alaa.. Semua orang pun buat.. Bukan aku seorang je..'entah itu suara hatiku berbisik atau bisikan syaitan aku tak pasti.

Bahagia? ya, disaat itu aku benar-benar bahagia.
Indahkan rasa disayangi?
Indahkan rasa mencintai dan dicintai..?

"Awak saya sayang awak.."

Aku cair. Suaranya begitu mempesona.
Aku juga begitu. Aku juga sayang dia. Namun aku diam tertunduk malu.
Aku memandang luar tingkap. Kereta yang berhawa dingin itu tetap membuat keringat dingin membasahi dahiku. 'Dia' mencapai tanganku perlahan-lahan. Lembutnya sentuhan itu menggegar seluruh jiwaku.

Dosa? Aku tahu itu dosa..
Aku tahu tapi aku tak menepis tangannya.
Malah aku biarkan saja.
Dan aku membalas genggaman tangan 'dia' akhirnya..

Indahkan 'cinta' itu?
Seperti selamanya ingin ku genggam tangan itu.
Biarlah mata-mata yang melihat yang penting kita saling mencintai.
Biarlah apa mereka hendak kata..
Mereka tak tahu apa kita rasa.

Dia mendekatiku. Tangannya juga menarikku supaya mendekatinya.
Diberinya kucupan hangat didahiku. Aku tersenyum lagi.

Ya, dosa. Aku tahu itu dosa.
Tapi aku terus tersenyum dan membiarkan saja.
Aku jatuh dalam cinta 'dia'. Terlalu dalam.
Aku tak tahu mana jalan keluar.

Gelap. Terlalu gelap. Apakah gelapnya itu seperti Hatiku yang telah lama bergelumang dosa? Hinggakan aku tak nampak dosa-dosa yang aku lakukan. Mataku terkabur. Aku tahu Allah melihat tapi tanpa segan silu aku membuat maksiat. Tak terhitung berjuta dosa itu.. Terasa begitu berat dalam bebananku..
Walau telah lama ia berlalu namun dosa-dosa itu masih menghantuiku..
Maafkan aku Tuhan.. Maafkan Aku..

"Allahu Akbar.. Allahu Akbar.."

Sayup kedengaran azan subuh berkumandang. Aku tersadar dari lamunan.

'Astaghfirullah.. Ampunkan aku dari kesilapan masa silamku Tuhan..'

اللهم أنت رب لا إله إلا أنت خلقتني وأنا عبدك وأنا على عهدك ووعدك ما إستطعت أعوذ بك من شر ما صنعت أبوءلك بنعمتك علي وأبوء بذنبي فاغفرلي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت

Jika benar begitu cinta.. Hingga dosa tidak terasa..
Jika benar itu Cinta.. Hingga diriMu aku terlupa..
Jangan Biarkan aku jatuh cinta Tuhan..
Aku tak mahu..






Izinkan ku ucap kata taubat 

Sebelum Kau memanggilku
kembali padaMu, menutup waktuku
Izinkan ku serukan namaMu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil, kembali padaMU

Karna ku tahu, hanyalah pada diriMu
Tempatku mengadu, tempatku mengeluh
Di dalam doaku
Dan demi nafas yang telah kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintahMu, menjauhi segala laranganMu
Adalah sebaris doa ku untukMu

Monday, August 15, 2011

Diari ♥

Aku membelek halaman di dalam buku berwarna merah itu. Satu persatu muka surat aku renung. Sebuah diari yang tercatit segala hasrat dihati dan tersimpan beberapa gambar kenangan. Kadang aku tersenyum kerana apa yang terluah satu tika dulu, kadang terasa sedih seperti kesedihan didalam tulisan itu. Setiap baris yang ada dalam buku itu sudah ku baca berkali-kali namun tak pernah sekali aku jemu.

Aku tatap lama barisan yang tertulis 'Jangan biarkanku sendiri.. Terkapar-kapar disini..
Lemas. Aku tak mahu merasakan itu lagi.. Tolong jangan pergi..Aku tak mahu tanpamu...' 


Bagaimanakah cinta mampu membuat orang rasa begitu sukar untuk hidup tanpa cinta itu? Terasa nafas bagai di hujung hela seakan diri lemas tak mampu berpijak di atas dunia.

'Aku tak mahu tanpamu... Aku tak mahu tanpamu..' bibirku membaca berkali-kali ayat terakhir di dalam diari itu.

Muka surat seterusnya semuanya kosong. Tiada lagi isi hati yang terluah. Tiada lagi ucapan rindu mahupun cemburu. Kosong. Aku tahu terlalu lama aku membiarkan buku itu tak tertulis. Namun aku tak mampu untuk mengisi garisan-garisan kosong itu dengan kata-kata cinta atau rindu setulus yang pernah tertulis di dalam buku itu. Bukan kerana tiada lagi cinta itu atau tiada lagi rasa rindu. Malah kerana terlalu rindulah aku membaca diari itu lagi berulang kali tapi untuk mengungkapkan rasa itu, aku tak mampu.

Aku menutup diari itu. Diari itu terlalu bermakna untukku dan akan ku jaga hingga akhir nafasku.

"Mungkin saya tak tahu menulis puisi cinta seperti awak tulis untuk saya, juga saya tak pandai meluahkan rasa seindah tulisan awak.. Tapi saya pun tak mahu tanpa awak.. Tak mahu tanpa awak.." aku berbisik dalam hati mengharap sang pemilik diari itu mampu mendengarnya.


"Ku tetap akan terus menggenggam tanganmu selagi kau masih menggenggam erat jemariku"