Friday, July 15, 2011

Langkah Terakhir

Angin pagi itu memeluk tubuhku. Aku berdiri sambil menghirup perlahan kesegaran udara itu. Pandangan ku terbuang jauh entah kemana. Tenang yang jelas terpapar diwajahku itu sungguh berbeza dengan perasaan hatiku. Bercampur seribu rasa yang aku sendiri tak tahu.

Aku melangkah perlahan hingga kakiku menjejak penghujung bangunan. Dari atas bangunan 12-tingkat itu aku melihat dunia. Dunia yang dipenuhi dusta, masalah, dan manusia. Dunia yang aku benci. Benci!! Aku tak mahu ada disini lagi..

Aku memejam mata. Sejurus itu airmata mengalir. Aku tahu aku lemah. Aku mengalah. Aku tak mahu lagi menjalani hidup ini. Aku.. Aku sudah putus asa.

Manusia.... Mereka menyakitkan. Mereka melupakan. Mereka mengecewakan.

Hatiku musnah kerana mengharap pada mereka. Hatiku terluka. Hatiku terbuang begitu saja seakan tiada nilai dimata manusia..

'Aaaaaaaaaaargh!!' jeritan batinku tiada yang mendengar.

Satu lagi langkah. Hanya satu lagi langkah. Takkan ada lagi sakit itu, Takkan ada lagi rasa bagiku. "Kalau bunuh diri straight to hell you go.." Aku teringat kata-kata kawanku satu tika dulu. Tapi dia tak rasa apa yang aku rasa. Dia tak tahu. Dia takkan pernah tahu. Hidup sentiasa berpihak pada dia. 

Aku penat dengan tangisan. Aku penat dengan memori yang terus mengingatkan. Aku lelah berjalan dihantui kenangan. Aku penat bernafas. Aku ingin akhiri semuanya dengan satu langkah terakhir.

Aku membuka mata menatap dunia semula. Sejuta kata mulai berulang-ulang di ruang minda. Fikiran mulai bercelaru. Aku rasa aku sudah sedia untuk melangkah.

Aku mengukir senyuman tawar, mengumpul setiap semangat terakhir yang aku ada lalu aku melangkah. Aku melangkah ke belakang.

Kerana diantara kata yang bermain diruang fikiran ku disaat terakhir itu..
"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya" al-baqarah:286
dan aku masih percaya..

Disetiap akhirnya sesuatu adalah permulaan untuk sesuatu yang lain.

No comments:

Post a Comment