Wednesday, April 20, 2011

Cinta Sempurna


Nazri melangkah laju meninggalkan perkarangan sekolah. Dia terasa bahang cemburu mula berapi di hati. Di kantin sekolah tadi, lama dia menunggu Ilyana. Namun penantian dia cuma membakar diri apabila terlihat sekumpulan jejaka mengiringi Ilyana ke kantin.

"Nazri, tunggulah saya.. Kenapa jalan laju sangat?" jerit Ilyana apabila ternampak Nazri terburu-buru keluar. Dia mempercepatkan langkahnya."Nazri tunggulah....."

Ilyana mengekori langkah Nazri. Namun sepanjang perjalanan itu mereka membisu. Ilyana jadi tak keruan.

"Erk.. Nazri!" Ilyana menjerit. Dia menghentikan langkah. Penat.

Nazri memperlahankan juga langkahnya. Api cemburu kian hilang apabila melihat wajah Ilyana keletihan. Simpati mula menyelinap ke dalam hatinya. Diperhatikan wajah Ilyana yang kemerah-merahan dibawah terik mentari. Walau tanpa senyuman, wajah gadis itu tetap menawan hatinya.

"Jom duduk sekejap kat sana.." ajak Nazri sambil menuding jarinya kearah sebuah bangku berdekatan.
Ilyana cuma menurut.

"Awak marah saya ke?" tanya Ilyana.

"Entahlah.." jawab Nazri pendek. Dia sendiri tidak faham perbuatannya tadi. Dia memikirkan alasan yang wajar untuk beri Ilyana. "Saya.. Saya..."

"Awak cemburu ye?"

"Mana ada.........."

Ilyana tersenyum.

"Yela.. Awak cantik. Banyak orang nak kawan dengan awak. Mana tau dah ada kawan baru, kawan yang lama ni awak lupa".

"Nazri, Ilyana tak akan lupa Nazri lah. Tak payahlah merajuk macam budak-budak. Kalau saya boleh pilih awak dengan lelaki paling kacak dalam dunia, saya tetap pilih awak..."

"Kenapa pulak?"

"Sebab.."

"Sebab?"

"Satu hari nanti Nazri akan tahu.. Jom balik! dah lewat ni.." Ilyana bingkas dan meninggalkan Nazri dengan soalan yang tak terjawab.


*******

"Tolong biarkan saya sendiri!" jerit Ilyana apabila melihat Nazri datang membawa bekalan makanan untuknya.

Sudah 3 minggu Ilyana terlantar di katil hospital. Disebabkan satu kemalangan jalan raya, musnah segala harapan Ilyana untuk meneruskan hidup. Wajahnya hancur dan kaki kanannya patah. Dia masih belum dapat terima takdirnya itu.

Kehadiran Nazri pada petang itu, seperti hari lain juga. Dimarahnya untuk keluar. Ilyana tidak mahu berjumpa dengannya. Namun, kerana sayangnya pada Ilyana dia tabahkan hati juga. Dia mengambil kerusi lalu duduk disebelah katil Ilyana.

"Ilyana, jangan buat saya macam gini.. Kita kena terima takdir tuhan." kata Nazri lembut.

"Bukan awak yang cacat. Saya yang cacat! Awak tak akan faham apa yang saya lalui. Apa lagi awak buat dekat sini? Tinggalkan saya sendiri!" airmata Ilyana mula berlinangan. Dia mahu Nazri disisinya tapi bagaimanakah sanggup Nazri terima dia sedangkan dia sendiri tak sanggup melihat wajahnya di cermin.

"Saya tak akan tinggalkan awak. Awak tunang saya. Lagi tiga bulan kita akan kahwin. Saya akan jaga awak seumur hidup saya.."pujuk Nazri cuba menenangkan keadaan.

"Awak tak dengar ke? Saya ni cacat!!!"

"Ilyana.... ingat tak sepuluh tahun dulu masa balik sekolah.. awak pernah kata kalau awak boleh pilih saya atau lelaki paling kacak dalam dunia, awak tetap pilih saya. Awak ingat kan? Lepas tu keesokan hari awak beri saya sepucuk surat.."

Ilyana cuma memandang wajah Nazri yang tenang. Nazri mengeluarkan sekeping kertas dari kocek seluarnya. Dibuka nya perlahan-lahan kemudian dibacanya..

"Sempurnanya kehidupan seseorang itu bukan kerana banyak harta, cantik rupa atau tinggi pangkatnya.. Tapi sempurna itu adalah hatinya. Sebab itulah Ilyana akan pilih Nazri berbanding orang lain. Sebab Ilyana tahu kebaikan hati Nazri"

"Saya nak awak tahu, saya masih berpegang pada kata-kata awak tu.." Surat itu dilipat semula.

Ilyana mengukirkan senyuman. Kini, dia pasrah. Dia percaya ketetapan Ilahi itu akan berakhir indah.


Yang menawan itu bukan saja wajahmu
Ku tertawan dengan perilakumu..
Yang ditawan itu hatiku..
Selamanya menjadi milikmu..
Cinta sempurna itu..
Biar tak nampak dimata..
Cinta sempurna itu..
Biar kita saja yang rasa..

Friday, April 8, 2011

Menanti Sebuah Jawapan

Aku menoleh ke arah jam dinding. Setiap detik yang berlalu menghiris harapan dihati. Setiap detik yang berlalu, aku tahu harapan itu kian mati. Namun aku tetap menunggu, menanti penuh kesabaran.. Aku tidak tahu kenapa tapi api harapan itu tak mahu aku padam.

Aku mengeluh. Mungkin sedikit kecewa, mungkin juga kerana aku penat menanti. Aku tak pasti.

Sekali lagi aku menoleh ke arah jam.11:55pm.

'Sabarlah hati.. lima minit je lagi.. lepas ni da tak perlu tunggu lagi..' aku cuba menenangkan hatiku yang resah.

Aku memeriksa 'inbox' dalam handphone untuk kesekian kali. Mana tahu aku tak perasan bunyi message tadi.

Dua minit sebelum pukul 12 malam..
Aku letakkan handphone ke atas meja. Haruskah aku berhenti berharap?
Hati kata sabar otak kata hilangkan harapan itu. Pertengkaran yang berlaku antara hati dan otak aku semakin sengit. Aku terperangkap. Entah mana yang harus aku turuti.

Seminit lagi... Aku pejamkan mata.Aku menahan airmata lelakiku dari berlinangan.

Mungkin salah aku juga. Aku tak pernah mengungkap isi hati ini padanya. Bukan aku tak mahu tapi aku tak berdaya. Aku takut jika cintaku cuma membuat dia merana. Aku takut jika cintaku cuma membuat dia sedih. Sungguh hati ini sangat-sangat sayang padanya. Namun dia berhak dicintai dan disayangi dan aku bukan orang itu.

Tapi kali ini aku perlukan dia. Aku perlukan semangatnya. Syira.. Kenapa tak balas message lagi ni..

"Encik Harith.."

Aku menelan air liur.Aku tahu masaku telah tiba.

'Syira.. maafkan saya tak mampu mencintai awak.. mungkin awak masih marahkan saya kerana tak beritahu awak sebab kenapa saya tak mampu menerima awak.. Saya sakit Syira.. Saya menghidap barah otak.. Saya tahu saya tak akan mampu membuat awak bahagia di masa depan.. maafkan saya..' bisik hatiku.

"Encik Harith.."

Aku memberikan senyuman tawar kepada Dr. Khairul. Dengan perlahan, dia menolak kerusi rodaku ke bilik khas untuk menjalani pembedahan. Aku pasrah.


"Kerana Cinta itu tak semestinya memiliki.."