Friday, October 7, 2011

Kisah Cinta

Aku duduk di tepi taman mengambil udara segar di situ. Terlihat di satu sudut seorang lelaki membantu seorang gadis yang terjatuh dengan kasut rodanya. Lama juga mereka disitu. Aku terfikir sendiri, 'Mungkin itulah permulaan kisah cinta mereka..'


Kadang aku tak percaya cinta kerana terlalu banyak yang terluka kerananya. Bagaimana harus aku tahu jika cinta itu akan abadi seumur hidupku. Bagaimana harus aku tahu jika cinta itu akan setia, takkan pudar sehingga hari tuaku.


Aku tak tahu.


Tak ada orang yang tahu.


Diciptakan manusia berpasangan. Cuma kita tak tahu bila kita akan jumpa orang itu.. mungkin ada yang jumpa "Soulmate" mereka pada usia muda. Menjadikan kisah cinta mereka indah sampai hari tua. Mungkin ada yang jumpa terlambat dan terpaksa melepaskannya. Ada juga yang menemui "Soulmate" mereka tapi kerana mereka tidak tahu, mereka tak menghargainya.


Entahlah.


Cinta itu sendiri datangnya tak pasti. Tiba-tiba sahaja akan terjatuh cinta. Aku pernah lihat mereka yang kahwin tanpa mengenali satu sama lain. Bahagia! walaupun bagiku, aku tak rela dijodohkan dengan orang yang tak ku kenali, namun kebahagiaan mereka membuat aku terfikir betapa indahnya takdir Tuhan.


Aku juga pernah lihat mereka yang mempertahankan cinta walau dihalang keluarga kerana status yang berbeza. Bahagia! Membuktikan harta dan rupa bukanlah segala-galanya. Yang penting Cinta itu ada. kerana cinta itu memutikkan bahagia. kerana cinta yang tulus itu merangkumi kejujuran, kesetiaan dan pengorbanan.


Bila fikir balik, tak semua cinta yang berakhir dengan tangisan.. Kadang tangisan itu jugalah yang menguatkan lagi percintaan.


Aku menarik nafas, menikmati nyamannya udara ciptaan Ilahi.. Rasa cinta itu sendiri adalah ciptaanNya, jadi tentu sekali indah.


Kisah Cintaku pula?


Aku lebih suka rahsiakan. :)
Tapi.. Hint: Dialah Inspirasi Kisah Satu Episod..:)



Monday, October 3, 2011

Hanya Ingin Kau Tahu

Banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan kepadamu..
Satu rasa yang tersimpan jauh dibenakku..
Biar semua ku tuliskan saja..
Menjadi memori cinta antara kita berdua..
Biarku jaga janjiku padamu..
Walau kau tak pernah menepati katamu..
Yang ada dihatiku cuma kesetiaan...
ku hadirkan cinta dengan ketulusan..
walau yang ada kini cuma perbedaan..
walau yang tinggal hanya kasih tak kesampaian..

Aku hanya ingin kau tahu besarnya cintaku tingginya khayalku bersamamu..
~Romance band-Hanya Ingin Kau Tahu