Thursday, September 29, 2011

Demi Cinta

Kotak merah jambu berbentuk hati dibuka. Sejurus itu senyuman terpapar di raut wajah gadis itu. Sejuta memori menyelinap masuk ingatannya. Kotak itu adalah dalil kisah cinta dia. Mungkin sudah tertulis beribu kisah di dalam novel cinta namun baginya kisah cinta yang dia miliki tidak sama. Hanya dia yang rasa.

Cinta itu indah jika dapat bersama orang yang dicintainya tapi bagi gadis itu definisi indah itu lain. Dia hanya ingin yang terbaik untuk cintanya walaupun yang terbaik itu memberi erti dia tidak dapat bersama. Biarpun dia menjalani harinya sendirian, hatinya tak pernah sunyi kerana jauh di dalam hatinya dia masih dapat merasakan keindahan cinta. Dia pasti wujudnya cinta itu. Tak perlu bicara cinta itu, tak perlu.. Dia tahu.

"Apa awak buat kalau saya pergi?"

"Saya tunggu awak.. Tak kira betapa lama pun.. Saya tunggu awak.."

"Apa sebab awak sanggup tunggu?"

"Sebab awak ajar saya erti cinta.. awak cinta pertama saya.. erm.. tapi kalau saya yang pergi, awak buat apa?"

"Saya tak akan tunggu awak.. Saya akan cari awak sampai saya jumpa.. Tak kira berapa lama pun.."

"Sebab?"

"Saya nak awak menjadi cinta terakhir saya.."

Masih jelas lagi kata-kata itu di ingatan. Namun masa yang berlalu dan segala yang berlaku membuat manusia terlupa atau terpaksa tidak mengingati kata yang pernah terungkap.

Gadis itu menyatakan dia tidak lagi menunggu kerana dia tahu kesetiaannya hanya akan menjadikan situasi lebih sukar dan menyusahkan hati lelaki  itu. Dia terlalu menyayangi lelaki itu untuk terus-terus menyeksa jiwanya. Namun dalam diam, dia masih menanti.. mengharap..

Lelaki itu tidak mencari kerana dia tahu mengorbankan rasa cinta itu adalah yang terbaik untuk gadis yang dicintainya. Dia terlalu menyayangi gadis itu untus terus-terus melukainya. Namun dalam diam, dia masih mencintainya.

Kini, cinta mereka hanya tersimpan rapi di dalam kotak hati.



jika memang ini yang terbaik untuk diriku dan dirinya
kan ku terima semua demi cinta
~Demi Cinta - Kerispatih~

2 comments:

  1. wah!! pernah terjadi 3 taun yang lps.. 2 taun menunggu.. lps tu lpskan jer.. tp cinta tu tetap tersimpan.. hehe.. nice entri!

    ReplyDelete
  2. hee~ kadang mencintai tak semestinya memiliki..:)

    ReplyDelete