Sunday, September 11, 2011

Takdir

"Kalau dia memang untuk awak, seribu batu jauh pun akan jumpa.. Tapi kalau dia bukan untuk awak dekat mana pun takkan bersama. Itu takdir.." Hanim berkata bagai seorang doktor cinta. Aku cuma terdiam, benar kata kawanku itu.

Hanim adalah seorang yang tabah. Jarang sekali aku melihat dia menangis. Tiga bulan lalu, dia kehilangan tunangnya yang menjadi mangsa kemalangan jalanraya. Tapi hari ini, Hanim tetap senyum dan melalui hari-harinya seperti biasa. Cuma sekali dua sahaja aku lihat dia menangis di sudut bilik. Aku belum pasti jika aku boleh jadi sekuat Hanim.

"Kan fiza?" Hanim melihat mataku. 

'Alamak.. Aku mengelamun pulak. Apa yang Hanim cakap dari tadi ni?'
Aku cuma mengukir senyuman dan menggangguk. Aku tak pasti apa yang dikatakan Hanim.

"Ina, janganlah sedih lagi. Jom kita keluar makan aiskrim. Aku belanja," Aku berkata sambil menarik tangan Sarina. Aku memang tak tahu memujuk apalagi untuk memberi kata-kata nasihat seperti Hanim. Tapi aku tahu aiskrim boleh tenangkan fikiran yang berkecamuk.


                                                                     *******
"Nah. McFlurry untuk korang. Dah jangan buat muka sedih nanti aiskrim cair." Aku cuba menceriakan suasana. Sarina yang tadi muram cuba untuk senyum.

Selalunya kalau keluar begini, Sarina yang paling sibuk dengan Nokia E7nya itu seperti businesswoman. Bercakap dengan teman lelakinya seperti tiada orang lain di dunia. Hari ini, suara Sarina pun tak dengar seakan dia tidak ada disitu. Begitu agaknya rasa orang putus cinta. Hinggakan aiskrim kegemaran dia pun tak diendahkan. Siapa agaknya gerangan lelaki yang telah membuat kawan sebilik aku itu seakan mayat bernyawa. Gambar pun aku tak pernah nampak, nama lagilah tak tahu. Sarina tu perahsia juga. Aku cuma menggeleng kepala melihat keadaan Sarina. 

"err.. Aku nak pergi toilet dulu lah.. Korang sembanglah dulu," Keadaan yang maha senyap membuat aku tak keruan. Aku mengorak langkah ke tandas tanpa menanti jawapan dari dua gadis yang 'menikmati' aiskrim masing-masing.

"Apapun yang kita ingin terjadi, kita tetap tak mampu melawan takdir Tuhan. Jadi, kita ambil apa yang terjadi itu seadanya. Kalau ia buat kita gembira, railah ia dan jadikan memori masa depan nanti, kalau ia buat kita sedih, ingatlah hujan pun takkan turun selamanya. Tuhan maha adil, pasti ada sinar mentari selepas itu. Apapun doa dan terus berdoa. Dia sentiasa mendengar.."

Kata-kata Hanim itu terngiang diruang kepalaku. Sendiri aku mengiakan dalam hati.

 Mungkin kita jatuh cinta kepada orang yang ditakdirkan untuk kita
Mungkin kita jatuh inta kepada orang yang hanya memainkan watak sementara dalam hidup kita.
Apapun cinta itu.. ianya membuat kita kembali pada Tuhan.
Bersyukur padaNya, Bersabar padaNya dan Percaya bahawa apapun terjadi,
Dia memberi yang yang terbaik untuk kita.
Sesungguhnya Dia Maha mengetahui.

No comments:

Post a Comment