Friday, April 8, 2011

Menanti Sebuah Jawapan

Aku menoleh ke arah jam dinding. Setiap detik yang berlalu menghiris harapan dihati. Setiap detik yang berlalu, aku tahu harapan itu kian mati. Namun aku tetap menunggu, menanti penuh kesabaran.. Aku tidak tahu kenapa tapi api harapan itu tak mahu aku padam.

Aku mengeluh. Mungkin sedikit kecewa, mungkin juga kerana aku penat menanti. Aku tak pasti.

Sekali lagi aku menoleh ke arah jam.11:55pm.

'Sabarlah hati.. lima minit je lagi.. lepas ni da tak perlu tunggu lagi..' aku cuba menenangkan hatiku yang resah.

Aku memeriksa 'inbox' dalam handphone untuk kesekian kali. Mana tahu aku tak perasan bunyi message tadi.

Dua minit sebelum pukul 12 malam..
Aku letakkan handphone ke atas meja. Haruskah aku berhenti berharap?
Hati kata sabar otak kata hilangkan harapan itu. Pertengkaran yang berlaku antara hati dan otak aku semakin sengit. Aku terperangkap. Entah mana yang harus aku turuti.

Seminit lagi... Aku pejamkan mata.Aku menahan airmata lelakiku dari berlinangan.

Mungkin salah aku juga. Aku tak pernah mengungkap isi hati ini padanya. Bukan aku tak mahu tapi aku tak berdaya. Aku takut jika cintaku cuma membuat dia merana. Aku takut jika cintaku cuma membuat dia sedih. Sungguh hati ini sangat-sangat sayang padanya. Namun dia berhak dicintai dan disayangi dan aku bukan orang itu.

Tapi kali ini aku perlukan dia. Aku perlukan semangatnya. Syira.. Kenapa tak balas message lagi ni..

"Encik Harith.."

Aku menelan air liur.Aku tahu masaku telah tiba.

'Syira.. maafkan saya tak mampu mencintai awak.. mungkin awak masih marahkan saya kerana tak beritahu awak sebab kenapa saya tak mampu menerima awak.. Saya sakit Syira.. Saya menghidap barah otak.. Saya tahu saya tak akan mampu membuat awak bahagia di masa depan.. maafkan saya..' bisik hatiku.

"Encik Harith.."

Aku memberikan senyuman tawar kepada Dr. Khairul. Dengan perlahan, dia menolak kerusi rodaku ke bilik khas untuk menjalani pembedahan. Aku pasrah.


"Kerana Cinta itu tak semestinya memiliki.."

No comments:

Post a Comment