Saturday, October 6, 2012

Di persimpangan


Tiba masa untukku memilih jalan baru di persimpangan ini
Jalan yang telah ku lalui, tak mahu ku kembali
Biar indah jalan itu bak syurgawi
atau buruk jalan itu yang kadang menghantui
Aku kini di persimpangan baru
Aku kini perlu teruskan hidup
melangkah pergi
meninggalkan sepi
"Sesudah semua berlalu biar hujan menghapus jejakmu" -menghapus jejakmu by peterpan 

Sunday, February 19, 2012

Katakan yang Sesungguhnya..

"Kau beri rasa yang berbeda mungkin ku salah mengertikannya.. yang ku rasa Cinta.." lagu nyanyian kumpulan Indonesia, Peterpan, bertajuk ku katakan dengan indah bermain di corong radio.

'Macam tahu aje apa aku rasa sekarang ni..' bisik hatiku.

Aku yang sedang duduk berhadapan laptop dari tadi terus buka page twitter. Pantas jari jemari ku berdansa atas keyboard lalu menge-tweet lirik lagu itu.  

Pernahkah kau merasa sepertiku? 
Kawan yang semakin hari semakin mesra kadang menakutkan aku. Andai saja dia jatuh hati. Kadang-kadang kata-katanya pun buat aku keliru. Apa dia menyukai aku?  atau itu cuma gurauan sahaja.
Haruskah aku bertanya atau lebih baik diam saja? 

Tapi kalau aku tanya sekali dia kata dia cuma bergurau.. tak ke malu? mana nak letak muka ni.
atau kalau dia kata memang dia suka.. akankah aku terima dia atau nanti persabahatan ni berakhir begitu sahaja..sebab aku cuma anggap dia macam kawan.

Ada message baru di Facebook.

Dia baru Online! 

Jari jemariku yang sedari tadi rancak terus terhenti. Sampai disini saja aku post kali ni.

Wednesday, January 18, 2012

Dia

"Awaaak.." Sofea bersuara, memulakan perbualan.


Ingin saja dia meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Kadang curiga menakluki hati. Dia takut sekiranya itu berlaku, kerana dia tahu cemburu buta mampu menyesatkan manusia. Dia tahu curiga hanya mampu merenggangkan perhubungan. Dia tak mahu. Biarlah dia terima kebenaran walaupun pahit.


"Siapa dia?" tanya Sofea pendek.


"Dia??" Fazil membalas dengan persoalan. Hairan.


Sofea menarik nafas panjang. Mencari keberanian untuk bertanya lagi. Mencuba untuk mengawal perasaan yang semakin berkecamuk dalam diri.


"Kawan saya kata dia nampak awak jumpa perempuan lain. Saya tak mahu mempercayai fitnah ini. Saya cuma nak awak berterus terang. Sekurang-kurangnya ia boleh menenangkan hati saya. Kalau ya pun betul, saya boleh..." 


"Sayang.. siapa yang kata semua itu?" Fazil memutuskan ayat Sofea. Dia cuma tersenyum.


Sofea menatap wajah Fazil yang tenang. Dia rasa bersalah pula menanyakan persoalan tanpa bukti yang kukuh. Fazil yang sedang menatap wajahnya membuatkan dia makin resah.


"Oklah.. saya akan berterus terang dekat awak.. saya sangat sayangkan awak tapi.." Fazil tidak meneruskan kata-katanya.


Hati Sofea bagaikan tak mampu bernafas. Dia takut dia tidak mampu untuk menerima kebenaran jika benar Fazil ada orang lain. Matanya mula berair. Dengan suara separuh berbisik dia bertanya,"Tapi apa?" 


"Dia.. Saya sayangkan dia juga. Saya sayang dia lebih dari awak. Kalau saya harus berterus terang, saya tak mampu hidup tanpa dia. Walaupun saya bersama awak, saya ingat dia setiap masa.. "


Sofea menekup mulutnya dengan tangan. Airmata mula mengalir berlinangan. Bermacam-macam bermain difikirannya. Baru dua tahun lepas mereka berkahwin, dia tak sangka dalam diam ada orang ketiga dalam perhubungan mereka. 'Ya Allah, kuatkanlah aku untuk menghadapi dugaan ini.'


"Sayang.." Fazil memanggil isterinya yang menangis teresak-esak seperti budak kecil.Dia merapati isterinya itu. Dia kenal sangat dengan Sofea. Walau marah manapun, Sofea tak pernah meninggikan suara. Tak pernah bertindak terburu-buru. Dia memegang lembut bahu Sofea. "Sayang dengar sini.."


"Saya tak mampu mendengar apa-apa lagi buat masa ni. Ia terlalu pahit untuk saya telan."


"Sekiranya ada orang lain yang saya cinta lebih dari awak, hanyalah Dia. Awak tahu tak kenapa saya sayang Dia? Sebab Dia menciptakan awak dan menghadiahkan awak untuk saya. Awak yang menyayangi saya, yang mencintai saya.." Fazil mendakap isterinya.


"Betul ni?" tanya Sofea. Hatinya lega mendengar menjelasan Fazil.


"Awak yang terbaik untuk saya, perlukah saya cari lain sayang?"



"Tiada 'dia' dalam perhubungan kita kecuali Dia.
kerana tanpa Dia, tidak akan ada kita."